Monday, 16 December 2013

Travelog Haji 2013

Saudi Arabia Airlinnes






Assalamualaikum w.b.t
alhamdulillah,syukur setinggi tingginya di rafa'kan pada Allah tuhan semesta alam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga dan sahabatnya.
Hmm,Ana nak kongsikan pengalaman ana sepanjang musim haji tahun 2013 kepada antum semua.Pengalaman ini tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,namun hanya Allah sahaja yg tahu akan isi hati ana ini.

#PENGINAPAN
Setibanya ana di sana bersama keluarga,ibu dan ayah ana,kami terus bergerak utk turun di JEDDAH,kemudian meniaiki bas ke Mekah Al Mukarramah.
Kami jemaah haji KT53 ditempatkan di HOTEL LAND PREMIUM .kalau dalam arab nye . "فوندوق الارد المتمايزات"
Hotel yg terletak kira2 850-900 meter dari masjidil haram syariff..Jauh jugak lah.Tapi bersyukur diberi kudrat utk berjalan kaki sejauh perjalanan.Jauh perjalanan bertambah pahala kan:)
Hotel niyh berdepan dengan balai bomba.so,dpt lah perkataan arab baharu kan,balai bomba dalam bahasa arab . "مركاز الدفا؛ الماداني بلميسفاله"
sebab ada misfalah,kerana ia terletak di misfalah tunnel.

jalan yg ditempuh,hotel nun jauhhhhh lagi di belakang

#Saat Pertama Kalinya
Pertama kali melihat kaabah,untuk melakukan tawaf wajib,"ya allah,perasaan yg kita susah nak gambarkan,berbaur perasaan itu.Hanya allah yg tahu.Tempat di mana selama ini kita mengarahkan qiblat,akhirnya tanpa disangka sangka,Allah menjemput ana utk ke sana. dari rezeki yg tidak disangka sangka.Alhamdulillah,Allahuakbar


Bab King Abd Aziz


  
Kaabah Subhanallah
#FADHILAT
orang yg terpilih menjadi tetamu Allah,perlu untuk mendalami segala ilmu berkenaan mekah dan madinah,supaya bila di sana kita senang untuk berurusan.Tamsilnya,kita kene ketahui di mana tempat2 yg dinjanjikan allah dan nabi sebagai tempat mustajab doa
Antaranya ialah:
1) MULTAZAM(antara hajar aswad dan pintu kaabah)
2) HIJR ISMAIL
3) PINTU KAABAH
4) DI BAWAH PANCURAN EMAS
5)TIANG JIN (ada setengah pendapat sahaja)
6)MAQAM IBRAHIM
dan lain2.banyak lagi iaitu di bukit safa,marwah dan sewaktu minum air zam zam.tapi yang penting di seluruh kawasan masjidil haram adalah tempat mustajab doa.

#MUSIM HAJI
*ARAFAH
alhamdulillah,haji berjalan lancar. bermula dengan WUKUF DI ARAFAH .malam sebelum wukuf,para jemaah sudah berada di arafah bagi mempersiapkan diri untuk berwukuf pada keesokan harinya.
suasana di dalam khemah

Wukuf ini adalah simbolik kepada keberadaan kita di padang masyshar.Ya Allah,keadaan ketika wukuf,matahari mula naik pukul 6-7 pagi.Matahari berada di kemuncak dari pukul 8@9 hatta pukul 4 petang.pada ketika itu,dapat dirasakan bagaimana panasnya apabila berada di padang masyar nanti.
Sebab itu ana menggalakkan utk antum semua berdoa utk diberi minum oleh Nabi muhammad di telaga khautsar nya pada masyar nanti..

*MUZDALIFAH
selepas masuk maghrib kami bergerak dari arafah utk ke muzdalifah,amalan sunnat yg dilakukan nabi adalah berehat dan tidur seketika sebelum menyambung perjalanan ke mina dan mengutip 7 biji anak batu.
*MINA
Aidiladha

okay,biasalah pergi dengan MUASSASAH sememangnya serba kurang,tapi yg kurang inilah mengajar kita utk lebih dekat dengan sunnah nabi,sebab haji ini merupakan satu jihad di jalan allah,betapa susahnya nabi muhammad dahulu,kita perlu ambil iktibar dengan merasai sendiri kesusahan yg dihadapi oleh nabi muhammad.
Itulah beza Package dengan Muasasah.bagi mereka yg ingin pergi utk pertama kalinya,ana cadangkan supaya pergi bersama muasasah dahulu kemudian baru pergi package.
mina ini adalah kemuncak haji,perkhemahan para jemaah jauh dengan jamrat(tempat lontar) .ia dalam 3.5km utk pergi dan 3.5 km balik.bermakna ia menjadikan dalam 7-8 km.4 hari kita berada di mina utk melontar.. setiap hari wajib melontar..walaupun jauh,tetapi kita dapat merasai pengalaman yg tidak pernah akan dilupakan.
Kemudian kami pulang ke mekah utk melakukan tawaf haji dan saie haji dan akhirnya bertahalull.maka lengkaplah haji kami:) alhamdulillah.
Tawaf haji sangat best^_^ .bayangkan semua jemaah wajib melakukan tawaf,ramai orang.tapi huh... besttt ..
boleh lihat betapa ramainya ^_^

Jamrat



3.5KM
 #MADINAH
sesudah kami berada di mekah,kemudian kami ke madinah al munawarah.selama 8 hari kami di sana.sangat best.bersyukur alhamdulillah.
dapat mengunjungi maqam nabi muhammad s.a.w,berdoa di raudhah dan melawat perkuburan baqi'
maqam nabi dan sahabat

baqi'
#PENGALAMAN PAHIT&MANIS
okay,yang pahitnya adalah wallet ana kene curi.huh..wallet yg diberi oleh insan tersayang kene curi.dugaan allah,selipar pun ade jugak kene curi.tapi itu perkara biasa yg berlaku.

*manis
Alhamdulillah,ana dapat cium hajar aswad ^_^ .memang allah maha berkuasa.pada ketika itu,ana berdoa di multazam,tidak sampai setengah jam ana dapat cium,padahal ianya ramai pada ketika itu.sebab ia masih dlm musim haji kan.kalau umrah mungkin senang dan ia x susah seperti musim haji.ALhamdulillah
kemudian ana dapat angkat jenazah.kita mengejar qirat iaitu yg bersamaan dengan bukit uhud.panjangnya bukit uhud itu... ya allah..
Ana juga selalu dapat utk masuk ke Raudhah.setiap kali lepas waktu asar,maghrib dan isyak ana akan ke situ.Alhamdulillah allah permudahkan.

ruang jenazah

okay,itu sahaja perkongsian ana utk pengalaman ini.Semoga yg belum lagi menunaikan haji akan dijemput oleh Allah untuk menunaikan haji saat sehat dan muda2.senang ingin melakukan pelbagai perkara.
Doakan ana dan antum semua kita dapat pergi umrah/haji lagi pada masa akan datang.Ana teringin nak pergi umrah.ia ternyata mudah sangat. in shaa allah.
maafkan salah silap ana. Assalamualaikum w.b.t