Tuesday, 7 June 2011

HUBUNGAN 2 HALA MALYASIA-KAZAKHSTAN(PROJEK SIGNATURE)


Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sedang melakukan lawatan rasmi ke Kazakhstan, hari ini berkata Malaysia akan melaksanakan lima projek 'signature' bagi membantu negara Asia Tengah ini seperti yang diminta oleh pemimpin tertinggi Kazakhstan.
Perdana Menteri berkata projek-projek yang dianggap sebagai 'signature' itu ialah perbankan Islam, minyak dan gas, penternakan lembu, penjanaan elektrik, dan projek mercu tanda sebuah hotel bercirikan senibina serta kebudayaan Malaysia di ibu negara Kazakhstan ini.
Beliau berkata pada perjumpaan dengan Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev dan Perdana Menterinya Karim Massimov, kedua-dua pemimpin itu meminta Malaysia mengenal pasti projek-projek mercu tanda itu bagi menjadi perintis untuk mendorong penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak di kedua-dua negara
"Antaranya ialah dalam bidang perbankan Islam di mana pada prinsipnya mereka bersetuju supaya kita melabur dalam sebuah bank Islam di Kazakhstan, di samping itu kita memberi peluang latihan kepada rakyatnya dalam kepakaran perbankan Islam," katanya pada sidang media dengan wartawan Malaysia di sini, Isnin.
Beliau menerima baik cadangan pemimpin Kazakhstan itu dan akan disusuli segeradengan kemungkinan menentukan pihak tertentu dari Malaysia yang akan membuat pelaburan itu.
Najib berkata kerajaan Kazakhstan jelas berminat mencari jalan bagaimanahubungan dua hala dengan Malaysia boleh diperluaskan meliputi bidang-bidang yang belum lagi diusahakan dan diterokai antara kedua-dua negara. 
"Ini memandangkan potensi yang wujud belum dapat direalisasikan sepenuhnya,"katanya, yang memetik perangkaan perdagangan dua hala yang berjumlah US$30 juta(RM90 juta) pada 2009 yang walaupun meningkat kepada lebih US$100 juta (RM300juta) pada 2010, tetapi angka sebenarnya masih rendah dan perlu ditingkatkanlagi. 
Beliau berkata dalam bidang minyak dan gas pula, Kazakhstan pada prinsipnya ingin Petronas melabur di sini dan di samping itu syarikat minyak Kazakhstandapat ikut menyertai pelaburan oleh Petronas di negara-negara lain.
"Dalam bidang pertanian pula, hari ini kita telah menyaksikan penandatanganan satu memorandum persefahaman (MoU) antara sebuah syarikat Malaysia untukmengusahakan ternakan lembu di sini dan hasilnya dapat dibawa ke Malaysia untuk menjadikan Malaysia hub halal di kawasan kita untuk dieksport dagingnya kenegara-negara lain, selain untuk kegunaan kita sendiri," katanya. Dalam bidang penjanaan tenaga elektrik pula, beliau berkata sebuah syarikat dalam Kumpulan Genting sudah memulakan rundingan untuk menjadi pengeluar tenagabebas (IPP) bagi menjana 200 megawat elektrik di sini. 
ASTANA (Kazakhstan), 6 Jun

No comments: