Thursday 8 December 2011

Artis Lelaki Paling Glamour .


Anugerah Bintang BeautifulNara 2011 (ABBN2011) diwujudkan untuk memberi pengiktirafan kepada artis-artis tanah air yang ada mengikut suka hati Abang Nara. Ini adalah anugerah ciptaan sendiri sekadar suka-suka sebagai penutup tahun 2011.Kalau anda tak suka, anda boleh nominasikan artis-artis yang anda rasa layak di ruangan komen. Untuk hari ini, kategorinya ialah Artis Lelaki Paling Glamour .
aabn2
Calon-calon Top 5 untuk kategori ini ialah:-

1. Aaron Aziz

aabn2
Seth Tan, Abang Long dan yang terbaru Hariz dalam Ombak Rindu sememangnya menaikkan nama Aaron Aziz. Rasanya hampir 70% drama dan filem Melayu tahun 2011 akan menampilkan wajah Aaron Aziz. Memang murah rezeki. Dan Abang Nara tak ada masalah dengan perkara ini kerana lakonan Aaron Aziz memang tip top. Walaupun sudah berkeluarga, Abang Nara percaya ramai gadis-gadis di luar sana yang jatuh hati dengan Aaron Aziz. Senang cerita, tahun 2011 memang milik Abang Long.
2. Khairul Fahmi Che Mat @ Apek
aabn2
Artiskah Khairul Fahmi ini sehingga boleh tercalon di dalam kategori ini. Artis atau tidak, nama Apek memang meletup pada tahun 2011. Walaupun kisah percintaan, pertunangan, putus tunang, bercinta dengan Dahlia Teck dan penyebaran gambar bersama Shida Harmi, Apek tetap beraksi cemerlang setiap kali menjaga gawang gol Malaysia. Kepopularitian Apek terbukti apabila setiap kali dia beraksi, namanya akan trending di Twitter. Tahniah Apek ~~
3. Shaheizy Sam
sam
Tak lengkap rasanya kalau tiada Sam di dalam pencalonan Top 5 untuk kategori Artis Lelaki Paling Popular. Selain daripada Aaron Aziz, Sam sememangnya menguasai dunia perfileman Malaysia tahun ini. Filem Kongsi, Songlap, Bini-Biniku Gangster dan banyak lagi membuatkan nama Sam agak kukuh tahun ini. Masih single dan menjadi idaman ramai wanita, Sam sememangnya seorang artis yang sempoi dan mesra peminat.
4. Syamsul Yusof
syamsul yusof
Sebenarnya Syamsul Yusof adalah calon kegemaran Abang Nara di dalam kategori ini. Mungkin ramai yang lebih menyukai Aaron Aziz, tapi bagi Abang Nara Syamsul Yusof adalah permata di dalam dunia perfileman kita. Filem KL Gangster arahannya telah pun mencipta sejarah dengan kutipan tertinggi pernah dicatatkan oleh filem Melayu. Ditambah pula dengan kemenangan selaku Pengarah Terbaik di FFM24 baru-baru ini, Syamsul Yusof sudah pasti menjadi sebutan di bibir gadis-gadis yang ingin menjadi buah hatinya.
5. Remy Ishak
remy
Sebenarnya Abang Nara confuse nak pilih sama ada Remy Ishak ataupun Adi Putra sebagai calon terakhir untuk kategori ini. Adi Putra pun tengah top sekarang ini dengan watak Zikir di dalam drama Tentang Dhia. Namun begitu, Abang Nara rasa Remy Ishak lebih layak menjadi Top 5 atas prestasi konsistennya tahun ini. Dan berita kurang baik untuk awek-awek di luar sana, Remy Ishak sememangnya sedang bercinta dengan Tiz Zaqyah. Dan nama gelaran untuk mereka berdua ialah R.I.T.Z. Cute kan?
So macam mana dengan Top 5 Abang Nara untuk Anugerah Bintang BeautifulNara 2011 Kategori Artis Lelaki Paling Glamour? Mantap kan? Mana satu pilihan anda? Sebenarnya agak sukar untuk membuat pemilihan Top 5 sebab kebanyakan artis-artis lelaki di Malaysia ini semua mantap-mantap belaka.undilah korang at beautifulnara..
*copy&paste..haha

No comments: